Pages

Saturday, October 16, 2010

In Progress

Cikgu-cikgu sedang menanda kerta-kertas kami. Bagaimanakah perasaan mereka agaknya? dengan melihat tulisan ku yang buruk bak kata budak-budak dalam kelas 5 Murni. 3 kertas dah dpt. Maths, Chemistry dan Bahasa Melayu. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Tengok usaha la beb, kalau malas, dpt markah malas, kalaw rajin dapat markah rajin, semudah itu! as simple as that! Tinggal lagi 8 mata pelajaran yang belum peroleh markah. Tidak sabar rasanya, moga-moga Allah mengabulkan doa-doa ku dan semoga semua usaha aku sepanjang lebih kurang 5 tahun ini terserlah dengan keputusan percubaan ini. Tidak dilupakan juga, yang paling penting, SPM yang sebenar lah! Tapi ada perkara lain lagi yang lebih penting sebenarnya, tapi dalam jangka masa pendek ini, matlamat utamaku ialah untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM. Ya Allah, Kau Makbulkan doa hamba-Mu ini. Amin.

Dalam menunggu keputusan percubaan ini pula, rakan-rakan yang bersekolah di negeri lain pula sedang belajar dengan bersungguh-sungguh. Memang ketaralah kita dapat lihat di sini, bahawa Jabatan Pelajaran Selangor sangat lambat melaksanakan percubaan setara negeri ini. Aku agak kecewa berkaitan dengan hal ini. Tambahan pula, aku rasa macam tidak adil bagi kami pelajar negeri Selangor, masa dihabiskan dengan menunggu keputusan percubaan. Aduhai, inilah antara kelemahan JPS. Bawa bersabar sajalahhhh. Tapi ini bukanlah alasan untuk aku tidak belajar, jangan jadikan hal-hal kecil dan remeh ini sebagai alasan untuk engkau jadi malas. "Nak tunggu result trial la konon? Belajar cam biasa sudehhh" *Kata-kata tidak formal sebentar. Bahasa pasar.

Setelah aku menilai semua subjek yang aku ambil, aku dapat merasakan bahawa subjek yang aku rasa paling susah ialah subjek Additional Mathematics. Semasa peperiksaan baru-baru ini, aku sumpah-seranah selepas menjawab kertas 2 subjek ini, tetapi kemudian aku beristighfar. Mungkin aku malas membuat latihan yang banyak agaknya, bak kata rakanku yang sangat hebat dalam subjek ini, "buat latihan sampai lebam" wah, mungkin strategi seterusnya untuk mencapai A dalam subjek ini ialah dengan membuat latihan sampai lingkaran hitam kelihatan di sekeliling mataku. Memandangkan sudah hampir nak mati periksa SPM ini, memang setiap harilah nampaknya aku wajib membuat latihan-latihan subjek ini. Semoga aku dijauhkan dari sifat malas, amin. "Buat Cikgu Mazyon, maafkan saya jika saya tidak dapat memenuhi standard yang cikgu tetapkan iaitu untuk dapatkan A. Untuk SPM kali ini pula, saya nak pastikan untuk subjek Additional Mathematics, saya boleh menjawab kedua-dua kertas dengan tersenyum lebar. Sekali lagi, Amin...."

Jihad fi sabilillah! Lakukanlah segala-galanya kerana Allah Yang Maha Esa.....

4 comments:

  1. pehhhhh
    bab result laju je haha
    baru dpt 7 subjek
    dpt 7a la baru
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. hahahahha
    actually satu je
    pastu tetibe ade cikgu nih tambah markah
    so dah 2a+ la
    2 jeee kott
    HAHA

    ReplyDelete